Showing posts with label Tips Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Tips Bisnes. Show all posts

Kelebihan Bisnes Shaklee Yang Anda Perlu Tahu | DAFTAR SEKARANG

Di mana-mana pun orang sebut pasal Bisnes Shaklee ni. Dari Kualiti Produk, Harga dan Jadi Ahli. Semua tertanya-tanya. 

"Best ke Bisnes ni?"

"Bisnes Shaklee macam Bisnes MLM jugak kan?"




Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi membaca ruangan farah hari ini tentang Kelebihan Bisnes Shaklee ni.

Alhamdulillah, terdetik hati untuk menulis dan berkongsi secara terperinci tentang kelebihan bisnes ini kepada anda semua.

Okay. Farah mulakan dengan perkongsian pengalaman farah. Macam mana Farah boleh terjebak dengan bisnes shaklee ni? Apa yang farah dapat dengan bisnes ni??

Farah mula dengan guna produk shaklee pada Januari 2016, masa tu farah ada 3 masalah kulit iaitu kulit berminyak, berjerawat dan berparut. So farah decide pakai produk shaklee dan alhamdulillah. farah dapat kesan yang sangat-sangat baik. kulit dah tak berminyak, jerawat pun time period je, dan parut pun banyak sangat kurang.

DAN BERMULA SAAT ITU. . .

Farah mula bergiat aktif dengan bisnes shaklee untuk membantu kongsi kebaikkan produk shaklee kepada sesiapa yang ada masalah seperti farah, tak lupa juga untuk masalah kesihatan yang lain. 

Lagipun siapa yang tak nak sihat, semua nak sihat mesti akan cari supplement yang boleh mengisi nutrien penting dalam badan. 

Memandangkan permakanan setiap hari kita pelbagai jenis dan boleh memberi impak yang buruk kepada badan kita.

Dan Sejak itu, Shaklee adalah bisnes yang tepat untuk farah berbisnes. Dengan kelebihan bisnes shaklee, membuatkan farah bersemangat untuk meneruskan bisnes ini. HA ! nak tahu tak ape kelebihan bisnes ni? Jum Baca




1. Yuran Yang Rendah

Yuran daftar Ahli Shaklee adalah RM35. 

Kelebihan Bisnes shaklee, anda akan dapat diskaun harga semua produk 15-30%. wah banyak kan? jual harga runcit dan dapat untung. Bukan itu sahaja, Jumlah point akan di total dan di bank-in oleh syarikat Shaklee Malaysia kepada anda yang berjaya jual sebanyak 150 point dan ke-atas.

Nampak kan? ada dua keuntungan kat situ.


2. Keahlian Seumur Hidup

Keahlian Shaklee adalah Seumur hidup, dengan jumlah RM35 tadi, anda dah boleh berbisnes seumur hidup anda. 


3. Bonus Bulanan

Bonus bulanan dikira berdasarkan kiraan point produk yang anda dah jual. Biasanya kami panggil "Cash Bonus".




Gambar di atas menunjukkan kiraan bonus bulanan mengikut jumlah point yang terkumpul. 

Farah bagi contoh jualan ye.. 

Point satu botol Vivix = 112uv , 
then bila anda jual 26 botol ke atas ia bersamaan 3000+ uv, 
 automatik anda akan dapat RM2000+ dalam tangan dan belum masuk untung runcit yang anda jual.
Kalau masuk untung runcit anda akan dapat lebih RM3000+ dalam tangan.


Dan Shaklee Malaysia akan bayar cash terus ke akaun bank anda. Sebab tu masa isi borang, anda perlu isi No. Akaun bank anda.

Dan anda di naikkan Pangkat "Supervisor". ( Tengok Point No.8)


4. Diskaun Keahlian Yang Hebat

Seperti yang farah cakapkan tadi, Diskaun setiap produk adalah antara 15-30%.  


Contoh anda jual Vivix 10 botol dan dapat diskaun 15% setiap botol.  Jadi untung runcit yang anda dapat ialah : 


RM72.20 x 10 Botol = RM722.00 ( Untung Runcit anda)

Rasa cukup tak ? Dah terlebih cukup sebenarnya, kalau jual 20 30 botol, lagi banyak untung. Belum masuk Cash Back lagi kan? hehe. So jangan tunggu lama-lama.


5. Bimbingan Kelas Online / Offline

Yang ni yang paling penting untuk bimbing anda semua tentang Bisnes Online dan Offline. Sebab ape?? 




Sebab kalau takde ilmu Bisnes kedua-duanya iaitu Online dan Offline, 

macam mana cara nak handle customer, 
macam mana cara nak tarik customer beli dengan kita, 
macam mana nak buat customer minat dengan personaliti kita dan 
paling penting macam mana nak tarik minat customer pada produk kita. kan??

Jadi sangat-sangat penting untuk kami membimbing anda, berkongsi cara kami agar mudah untuk anda memulakan bisnes dengan platform yang kami sediakan.

Apa yang kami sediakan ?

Online Marketing 

  • Teknik Pemasaran melalu Blog
  • Cara Buat Video (Youtube)
  • Self Branding FB
  • Teknik Close Sale (Whatsapp)
  • Menerangkan kelebihan Produk
  • Iklan Fb Ads / AdWords
  • 4S (Servicing, Sponsoring,Selling & Sharing)
Offline Marketing
  • Cara bercakap dengan baik pada customer
  • Menerangkan kelebihan Produk
  • Edaran Flyer
  • Banner
  • Bersosial / Bina Network Group

6. Jemputan Ke Group Khas

Apabila anda dah sah menjadi ahli shaklee, anda akan dimasukkan ke group khas di mana di kelilingi oleh mentor shaklee yang hebat-hebat. 



Banyak ilmu yang akan di kongsikan daripada mereka yang mana sudah bertahun-tahun berpengalaman dalam bisnes shaklee, serta di ajar Cara terbaik untuk memulakan bisnes shaklee ini.

Kalau Bisnes lain,mungkin mereka mungkin membiarkan anda terumbang-ambing, membiarkan anda menyelesaikan masalah sendiri tanpa memberi tunjuk ajar.

"Macam mana nak jawab dengan customer ni? Alamak, Tak tahu sangat pasal produk.. Group macam tak active je. hmm"

Betul tak? So pilihlah bisnes yang menjamin masa depan anda dan di kelilingi mentor-mentor yang hebat.

Jaminan Group kami adalah mengajar anda secara santai (selesa) , menjawab setiap persoalan anda, berkongsi idea dan membantu anda mencapai impian anda dalam bisnes shaklee sehingga anda berjaya. 

Macam mana ? Seronok tak ni nak mula bisnes shaklee ni? 
Boleh bergaul2 dengan orang yang dah berjaya. :)


7. Menjana Income 

Bisnes Shaklee adalah bisnes yang paling sesuai untuk anda yang ingin menjana income seberapa yang anda mahu. Semakin banyak jualan anda, semakin besar Income anda.. wahh sape tak nak kan?



Nak beli kereta, nak beli rumah sendiri, bagi kat mak and ayah kat kampung. Kalau boleh semua nak hasil dari income sendiri. Tanpa buat loan. kan?

So shaklee satu-satu bisnes di mana memberi peluang untuk anda menjana income bergantung kepada usaha anda.  Untuk next point farah akan kongsi tentang Bonus yang menarik dari shaklee selain cash back dan untung runcit.. 

mesti dah tak sabar kan?? jum baca


8. Pelbagai Bonus Menarik

        a)  Bonus Kepimpinan


  •  Dalam Shaklee ada pangkat iaitu 6 Pangkat yang layak dapat Bonus.  Master Coordinater adalah pangkat yang paling tinggi di mana mempunyai group jualan yang tinggi setiap bulan. Sebab tu kami mengajar anda cara berbisnes cara yang terbaik untuk memperlakukan jualan anda untuk mencapai seperti mereka yang dah berjaya. 


       b) Car Bonus


  • Car Bonus di bayar secara cash kepada anda yang telah mencapai syarat-syaratnya. Tak semestinya car bonus untuk bayar kereta. kan?? , boleh buat macam-macam lagi. kereta pun berapa ratus je sebulan kan? silap-silap kereta pun dah beli cash, jadi Car Bonus nak buat ape? heheh semua atas anda. Car bonus REWARD untuk anda yang dah berjaya.

       c) Shaklee Free Trip


  • Gambar di atas adalah salah satu Free Trip untuk mereka yang dah berjaya capai syarat-syarat yang dikeluarkan oleh shaklee. Semua di tanggung oleh shaklee, duit perbelanjaan pun shaklee yang bagi.
  •  Best Gilerrr sesiapa yang bertuah tu.. pergi free trip luar negara, tak payah keluar duit da. Bonus duit dapat, Bonus trip pun dapat. 
  • Jom fight untuk capai trip free shaklee.. Tahun depan kemana pulak ye?? hehe


9. Bukan Piramid 



Point terakhir, farah nak tegaskan. Bukan bisnes yang guna sistem piramid, dan bukan juga bisnes MLM. ia bergantung kepada usaha anda. tak perlu cari orang seperti bisnes lain. 

Mereka nak join bisnes atau nak beli produk shaklee shaklee, mereka akan cari anda, tugas anda kongsi kebaikkan produk shaklee dan beri tunjuk ajar kepada mereka yang nak jadi seller shaklee agar mereka berusaha untuk mencapai matlamat mereka.

Ilmu perlu dikongsi, agar berjaya bersama-sama. Jum Realisasikan Impian kita semua.  


Daftar Ahli Dengan Saya

Daftar Ahli ada dua cara sama ada anda pergi daftar ke branch shaklee dan daftar atas ID : 1222568 atau boleh daftar dengan saya.. saya akan daftarkan anda di laman web Shaklee

Jika anda daftar di Branch menggunakan ID : 1222568, anda boleh ke langkah seterusnya, whatsapp saya untuk saya invite anda ke group bisnes shaklee kami. 

Atau memudahkan kerja anda just tekan "DAFTAR AHLI" untuk saya daftarkan anda di laman web Shaklee



Semoga info ini memberi manfaat dan pemahaman kepada anda semua untuk membina bisnes shaklee anda bersama kami. In shaa Allah. 




Other Posts 


7 Sebab kenapa Saya pilih Bisnes Shaklee | Pengedar Shaklee Aktif




Assalammualaikum wbt semua. Diharap semua sihat ye. Alhamdulillah.

Entri kali ni, farah nak kongsi kepada semua tentang 7 Sebab kenapa farah pilih bisnes shaklee di mana bisnes shaklee ni orang slalu tertanya

"eh, laku ke shaklee ni?"

"boleh buat duit ke?"

"kenapa macam x femes je? kan?"

Persoalan ni selalu je bermain di sekeliling kita. Tetapi mereka tak tahu betapa hebatnya bisnes shaklee ni. hehe. Yang peting ini kerjaya kita untuk tambah income yang tinggi selain makan gaji.

Sampai bila nak makan gaji kan? At least nak juga pendapatan sendiri dalam bisnes sendiri.

Dan Inilah Bisnes yang terbaik, Tanpa simpan stock. Tak perlu buka kedai. Online sepenuhnya.

Okey farah teruskan ye..

7 Sebab Kenapa Saya Pilih Bisnes Shaklee

1. Produk yang Selamat Dan Halal.

Produk Shaklee adalah satu-satunya produk yang selamat. Kenapa Farah cakap macam tu? sebab Shaklee adalah produk dari bahan 100% semula jadi tanpa bahan kimia.

Produk ini sangat serasi dengan diri Farah tahun 2006 Farah mengalami masalah parut berlubang akibat jerawat dan muka Farah sangat-sangat teruk masa tu. 

Tahun 2015 Farah kenal dengan produk Shaklee dan alhamdulillah dengan konsisten parut jerawat makin berkurang dan Impian Farah adalah ingin membantu ramai remaja yang ada masalah seperti Farah.

Di bawah Farah sertakan sijil Sijil Halal Shaklee ye



2. Harga Yang Berpatutan Dan Berkualiti tinggi

Harga setiap item Shaklee sebenarnya sangat berbaloi dengan kesannya bagi Farah sebelum pakai memang nampak tak mampu tapi Farah cuba dan ia buat Farah terus jatuh hati.

Berbanding dengan produk yang lain sebelum Farah pakai Shaklee bila farah tak pakai kulit Farah jadi makin teruk tapi dengan Shaklee kesan dia sangat-sangat lama.

Kerana kesan yang sangat-sangat tip top Farah tak rasa ia membebankan sebab yang Farah perlukan kesihatan kulit dan kesihatan keseluruhan badan Farah.

Semua orang mampu milik sebenarnya semua orang nak sihat kan?



Dan Produk ini sangat-sangat berkualiti tinggi kerana bukan calang-calang orang yang ciptakan produk ini. Produk ini dicipta oleh saintis-saintis terhebat daripada US. Sebab itu keselamatannya terjamin.

3. Mudah di jual

Produk ini sebenarnya senang dijual Kalau kena caranya. Customer ada masalah , So kita bantu dia selesaikan masalahnya.

Impian Kita mesti nak customer sihat, nak dia happy dan senang dengan layanan kita. Anggap kita ditempat dia, rasa apa yang dia rasa, sakit, tertekan dan lain-lain.

Bila dia faham dia akan beli produk yang kita cadangkan untuk masalah dia.
Ingat salah satu impian Kita, untuk membantu ramai customer yang menghadapi masalah kesihatan.

4. Kedai online 24 jam




Bisnes Farah adalah kedai online 24 jam tau. Tak kira bila-bila pun customer boleh buat order walaupun tengah tidur kedai tetap bukak Sebab sekarang Zaman online semua di hujung jari je...  chewahhhhhh... 

Sebab tu sangat mudah Lagipun Shaklee ada website, just klik-klik dah siap order. Mudah kan.. hehe
Lagipun Bisnes ni boleh buat di mana-mana sahaja. Kalau Farah buat kat rumah je, rumah Farah ni office Farah. Postage, Shaklee yang uruskan.  mudah kan? 

5. Masa Yang Flexible




Salah satu yang sangat-sangat Farah suka adalah masa yang fleksibel. Kenapa Farah suka masa flexible?

Sebab mudah untuk Farah uruskan masa Farah sendiri antara bisnes dan keluarga berbanding kalau kerja dengan orang,  nak buat kerja pun syok tak ada stress tapi kenalah pandai urus masa. hehe

6. Modal Yang Rendah

Sebab Farah pilih Bisnes ni juga sebab modal sangat rendah berbanding bisnes lain. Modalnya RM35 sahaja dan boleh buat sale beribu-ribu yang sangat-sangat untung . 

Dan Shaklee akan bayar income kita tetap pada tarikh dan tak penah lewat langsung.
Macam yang Farah cakap tadi produk ni sebenarnya senang dijual Kalau kena pada caranya. Sekarang zaman marketing online uollss lagi senang.

Siapa-siapa nak join boleh WhatsApp Farah terus lepas ni dan jangan lepaskan peluang.

7. Guide dari Pembimbing Terhebat

Yang best juga Bisnes ni sebab dipimpin oleh pembimbing dan rakan-rakan yang terhebat.
Semua pasal bisnes Shaklee dorang akan tunjuk ajar dengan detail dan akan buat kita bersemangat untuk meneruskan bisnes ini hingga mendapat apa yang kita impikan .

Dan sebab Bisnes ni juga Farah jadi berani untuk berhadapan dengan customer-customer Farah. Apa yang kita usaha kita akan dapat.




Ini Team kami. Group Ultimate. Semua ingin jana side income yang tinggi. :)
Anda bila lagi nak join team kami?? :)

Sila tengok video di bawah untuk sebab-sebab yang lain :)





So kepada siapa-siapa berminat terutama yang remaja atau yang dah habis belajar tengah cari kerja,  yang minat bisnes, yang memang nak tambah side income, nak tolong keluarga boleh WhatsApp Farah untuk join bisnes ni.

Farah akan membimbing dan bertanggungjawab untuk korang yang ingin berjaya dan mendapat side income yang tinggi.

Daftar Ahli dengan Saya
Farah Wahida
Shaklee Indepedent Distributor (ID 1222568)
Whatsapp : 014-5113146
IG :  nfarahwahidaa
"Terima kasih kerana menjadi downline saya.
Saya bertanggungjawab membimbing anda semua
dari segi marketing, cara berhadapan dengan pelanggan, memberi semangat yang luar biasa sehingga anda semua berjaya"
Impian anda adalah tanggungjawab saya. 

5 Tips Mudah Memulakan Perniagaan Online By Azizan Osman

Kami yakin rata-rata semua orang pada hari ini berkemahiran untuk melayari mana-mana laman web di dalam internet. Adakah anda teringin dan jadi usahawan yang menggunakan internet dan media sosial sebagai platform perniagaan?

Rugi sekiranya anda asyik leka melayari laman media sosial tetapi tidak menggunakannya sebagai sumber mendapatkan pendapatan tambahan. Ramai orang dah berniaga di ruang laman sosial seperti Facebook, Instagram bahkan di Whatssap.
Sekiranya anda sedang merancang untuk memulakan perniagaan online, kami ingin berkongsi tips dengan anda bagaimana memulakan perniagaan online dengan betul.
Berikut adalah antara 5 tips bagi memulakan perniagaan online dengan mudah. Buat tindakan sekarang dan mulakan segera.


1. Tak Perlu Buat Produk Sendiri.

Ini antara fakta yang diperakui oleh semua usahawan online yang telah berjaya. Sebagai permulaan, anda tidak perlulah berhempas-pulas dan memeningkan kepala dengan mencipta jenama (branding) dan membangunkan R&D untuk menghasilkan produk anda. Cukup dengan menjual produk yang sudah mempunyai pengikutnya sendiri.
Perlu diingatkan, pelanggan lebih cenderung untuk membeli barangan yang sudah mempunyai jenama yang kukuh berbanding jenama yang baru. Jadi tidak salah rasanya untuk menjual barangan orang lain asalkan ia tidak melanggar sebarang polisi perniagaan.


2. Jangan terlampau fikir untung.

Tunggu! Usah terlalu gopoh di dalam perniagaan. Tiada sebarang teori yang menyatakan pelaburan modal yang besar menjanjikan keuntungan yang besar sekiranya jualan yang anda lakukan tidak konsisten.
Tidak salah untuk berani di dalam melaburkann kos yang besar. Tetapi pastikan anda ada ilmu untuk melakukan ualan anda dan menguruskan kewangan. Ada ramai peniaga yang terlampau mengejar untung sehingga sanggup membeli stok yang banyak tetapi tidak tahu cara terbaik untuk menjualnya.
Fokuskan kepada berapa ramai orang yang anda boleh bantu dengan produk yang anda niagakan. Makin ramai yang dapat faedah dari produk anda, makin besar jualan anda nanti. Anda baru sahaja mahu memulakan bisnes online, mulakan dari kecil dan tingkatkannya bila jualan dah semakin besar.



3. Modal yang rendah.

Anda dinasihatkan untuk menjadi lebih bijak di dalam memulakan perniagaan. Jangan buat pinjaman bank, pinjaman Ah Long dan menyusahkan sanak-saudara dengan wang yang ingin dilaburkan di dalam perniagaan online anda.
Anda tidak perlukan modal yang besar kerana anda belum ditahap untuk menyewa premis atau menggajikan pekerja.
Perkara penting yang perlu anda lakukan pada tahap ini adalah memperkasakan laman Fan Page Facebook dan blog anda. Tidak percaya? Just do it, Anda akan terkejut dengan hasil promosi yang anda lakukan ini tanpa mengeluarkan sebarang sen.


4. Risiko yang rendah.

Risiko yang rendah bermakna meminimumkan kerugian. Di dalam hal ini, anda perlu mengenal pasti potensi produk yang ingin dijual.
Sekiranya produk anda adalah dari jenis yang tidak tahan lama, anda perlu merancang jumlah kuantiti pembelian stok agar tiada stok yang disimpan terlalu lama kerana dikhuatiri ianya mudah rosak.
Anda juga perlu kerap mengadakan promosi dari masa ke semasa agar perjalanan jualan produk anda meningkat dan konsisten.
Tiada stok yang disimpan bermakna permintaan terhadap produk anda meningkat dan anda berjaya merendahkan risiko perniagaan anda.


5. Belajar ilmu pemasaran.

Walaupun anda berniaga secara online, anda rasa ramai orang akan melihat apa yang ada jual tetapi, dengan lambaan perniagaan online yang ada sekarang, perniagaan anda mungki tak dapat dilihat oleh orang lain.
Percayalah! Anda boleh mengukur keberkesanana posting anda di laman media sosial melalui berapa “Like” dan berapa “comment” yang anda dapat. Jika setakat 5 like dan asyik dari orang yang sama, nampaknya agak sukar untuk anda membuat jualan.
Pastikan anda belajar ilmu pemasaran mentor yang telah berjaya menghasilkan ramai usahawan-usahawan online.

Sumber dari azizanosman.com

Popular Posts