Rahsia Kulit Cantik : Petua Dapatkan Kulit Cantik Gebu Dan Tegang

Assalammualaikum w.b.t semua. Apa khabar ? Diharapkan semua sihat2 yee..
Posting kali ini Farah nak share Petua Dapatkan Kulit Cantik Gebu dan Tegang.

Sebagai perempuan kita mesti ada perasaan ingin cantik bergaya, Ingin kulit bersih tanpa cela, ingin kulit licin dan berseri-seri. Betul tak?

Tak syok kan? kalau pakaian bergaya, tapi kulit wajah tak membawa keyakinan kita. Sebab bila kita bercakap dengan orang sekeliling kita, mereka akan pandang wajah kita.



So mesti kita rasa sangat-sangat tak selesa. Rasa nak sorok-sorok wajah ni kan? So bagi anda yang mengalami masalah ini, sebenarnya tak perlu bimbang, Kerana ada cara penyelesaian yang berkesan.

Okay sebelum tu korang ada masalah kulit macam mana ?

  • Kulit Kering / Kusam
  • Kulit Terlampau Berminyak
  • Sunburn
  • Ada Kedutan
  • Tona Tak Sekata
  • Dah cantik tapi nak cantik lagi. hehe
  • atau lain-lain
Ha?? Nak tahu tak? Tak sabar korang ye.. Okay.. Petuanya adalah dengan Masker. Dan Farah ada 3 Jenis Masker untuk Farah Kongsikan pada anda. 

Yang paling best adalah ia Masker yang sangat berkesan dan akan mencantikkan kulit Wajah anda secara semulajadi.. Wowww. Bestnya..

Jom Bermasker !!!



1. Masker vitamin C SR + ESP



Ambil 1 tablet Vitamin C SR tumbuk sehingga hancur, Campurkan satu sudu ESP dan tambah sedikit air.

Sapu pada sekitar wajah selama 15 hingga 30 minit kemudian Bilas.

Sesuai di apply sebelum tidur.

Kebaikkannya :

  • Menegang Kulit Wajah.
  • Mengecutkan Jerawat.
  • Mencerahkan kulit Wajah.
  • Menyegarkan Wajah.
  • Membaikpulih Sel Kulit.
  • Buang Sel Kulit Mati Yang Kering.

2. Masker vitamin E



Ambil 1 kapsul vitamin E dan cucuk kapsul kemudian picit dan sapu pada seluruh wajah anda .

Biarkan selama 15 hingga 30 minit kemudian Bilas .

Sesuai juga di apply sebelum tidur.

Kebaikkannya :

  • Mengecilkan Pori-pori Wajah.
  • Mencerahkan Wajah.
  • Menegangkan Kulit.
  • Memudarkan Parut dengan Cepat.
  • Meningkatkan Kelembapan Kulit.

3. Masker ESP + yogurt



Ambil 1/2 yogurt (yang selebihnya kita makan heheh) dan satu sudu ESP campurkan keduanya. Kemudian gaul sehingga rata.

Sapu pada seluruh wajah Dan biarkan 10 Hingga 15 minit atau sehingga kering.

Sesuai di apply selepas mandi waktu pagi.

Kebaikkannya :

  • Merawat Jerawat.
  • Mengelakkan Sunburn.
  • Mencerahkan Kulit Wajah.
  • Menegangkan Kulit Wajah.
  • Menjadikan Kulit Kelihatn Gebu Dan Berseri-seri.

Okay. Dan siap berkongsi Petua Dapatkan Kulit Cantik Gebu Dan Tegang untuk korang yang ingin Cantik Berseri-seri seperti Bidadari. Semoga Tips Ini berguna pada anda semua. 

Selamat mencuba ! :)



Other Posts 



Popular Posts