7 Petua Kecutkan Jerawat Secara Semulajadi Dengan Berkesan | Beauty By Farah

7 Petua Kecutkan Jerawat Secara Semulajadi Dengan Berkesan, Entri yang akan saya kongsikan untuk semua dan sesiapa yang sentiasa ada masalah jerawat yang ingin kulitnya kelihatan tanpa cela.

Semoga jadi panduan untuk semua. :)







Jerawat adalah satu perkara  yang sangat sensitif terutama bagi perempuan. betul tak?
Lagi2 kalau esok ada plan nak keluar ke mana2 n mesti nak cantik2 ,

tetiba hari ni jerawat muncul. down terus mood kan? Kalau saya pun macam tu. perempuan kan.. hehe


Nak selfie pun xberseri2 muka, sebab mood dah down dengan jerawat. Tengok orang lain bersih je kulit, tapi tengok diri sndri..time ni lah jerawat dok parking kat pipi lah, dahi  lah, dagu lah..


Rasa stress sampai tak terkata, buntu xtau nk hilangkan macam mana jerawat ni..


Takpe  saya ada petua untuk kecutkan jerawat tu dengan cepat dan berkesan.  Jom baca.



1. KULIT KAYU MANIS


Tumbuk kayu manis sehingga hancur dan tambahkan sedikit air untuk melembapkan sedikit. Sebelum tidur, sapu kayu manis pada jerawat dan biarkan ia semalaman.




2. LIMAU NIPIS

Potong limau seperti dalam gambar dan tekapkan pada bahagian jerawat. Biarkan ia serap (akan rasa sedikit pedih).




3. MADU


Hanya Sapu sedikit madu pada bahagian jerawat. Biarkan ia semlaman.








4. BAWANG PUTIH 

Hiris nipis-nipis bawang dan tekapkan pada jerawat.






5. UBAT GIGI

Ambil sedikit ubat gigi dan sapu pada jerawat sehingga merasa keserapannya. Biarkan ia semalaman. Apply sebelum tidur.




6.AIS

Tekapkan Ais pada bahagian jerawat. Ia juga mebantu mengecutkan jerawat



7. KULIT BUAH OREN

Ambil kulit oren dan blend sehingga hancur, ambil hampas kulit oren yang di blend tadi dan perah sedikit dan letakkan hampas tu pada jerawat.











Mudah kan? Dengan 7  bahan semulajadi ini sahaja da boleh kecutkan jerawat dengan cepat.

Sesuai untuk semua peringkat umur kerana bahan-bahan ini semulajadi. So tak perlu bimbang dah..

Selamat Mencuba yew :) 




Other Posts




No comments:

Popular Posts